Selasa, 19 April 2011

Komitmen Seorang Perempuan

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kali pertama AP menulis untuk bulan April ini... Sibuk tidak terkata walaupun tidak lah sesibuk mana... Komitmen selalu berbelah-bahagi... 24 jam sehari pun tidak lah cukup untuk menulis sepatah-kata... kerana menulis secara berkualiti memerlukan minda yang tajam dan fokus...

*******************

Engkau mengerti apa itu KOMITMEN,  wahai Perempuan? 
Ya engkau lah... PEREMPUAN ...aku ini LELAKI !!!
YA... Komitmen adalah TANGGUNGJAWAB
Perempuan lepas sahaja baligh... BAPA kamu lah yang tanggung DOSA sehingga engkau diKAHWINkan dengan seorang LELAKI... kami pula menanggung dosa kami sendiri, dosa kamu dan dosa anak-anak kita... Memikulnya sahaja memerlukan KOMITMEN.
Engkau tidak akan berani memikul BEBAN yang kami TANGGUNG
Kenapa engkau berkata begitu, wahai LELAKI?
sedangkan kami makhluk yang LEMAH!
KOMITMEN kami adalah selalu memelihara MARUAH mu... menjaga MAKAN-MINUM mu... menDIDIK anak-anak kita... IBU-BAPA mu kami kasihi seperti ibu-bapa kami... Hidup kami selalu bergantung pada mu... tempat kami berHARAP dan berMADU-kasih...
Selagi kami tidak YAKIN akan diri kami sendiri...
Selagi itu kami menjauhi dirimu, wahai PEREMPUAN !
Kenapa engkau berpendirian kiri, wahai LELAKI?
sedangkan kami menunggumu terlalu LAMA!
Kenapa kah dikau melihat BEGITU SAHAJA akan kesedihan hati kami... setiap-hari menanti WAJAH mu yang berseri mengIMANkan kami... kami MALU dengan ibu-bapa kami kerana kamu sering memberi SERIBU ALASAN... tidak kah kamu melihat TITISAN air-mata kami yang berjurai-jurai membasah pipi kami ini?
Pergilah kamu mencari keBAHAGIAN yang lain...
Andai itu lah hasrat mu... (berakhir sebuah impian)
[gambar] Kredit : diarihati

p/s : Nukilan ini Tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau mati...

Khamis, 7 April 2011

BiaR ReBaH diBuMi,BaNgKit BeRdiRi & TeRusLaH BeRlaRi...


Beban yg melanda,kuatkah kita hari ini??? Lumrah hidup jatuh bangun dalam meniti sebuah kehidupan.Bagai anak kecil yg baru belajar melangkah,kita telah di ajar untuk tidak begitu mudah mengalah.Bangkitlah membina kekuatan,keyakinan, dan berdiri la dengan senyuman kemenangan. Berdirinya kita hari ini adalah kerana kita pernah rebah mencium bumi.Jangan terlalu angkuh setelah kita gah berdiri kerana hidup ini akan selalu di uji.Percaya pada diri sendiri,biar berkali kita rebah dibumi…..Tuhan hanya menguji,dan bersyukurla kerana kita masih berpeluang bernafas di sini…


>>Selagi mentari menyinari bumi,selagi kita masih di sini…berdiri la dengan kekuatan kendiri,dan teruskanlah berlari.<<


Isnin, 4 April 2011

I sEii hAi..... u SeEi.... ??? (WhAt!!!??)

Assalamualaikum w.b.t & Salam Kemesraan Dari Saya….
Hai semua teman2 di alam maya.‘Chairyda Blossom’; Kenali saya,ank penulis yang baru belajar untuk mewarnai rumah ibunda bersama rakan2 sebuku.Terima kasih pada teman yang membawa saya belayar ke alam maya penulisan Anak Penulis Blogspot ini.Amat gembira rasanya.

Ku ibaratkan blog Anak Penulis Blogspot ini sebagai lautan untuk aku mengilhamkan apa jua yang terpendam di dasar lautan,kerana bagiku kehidupan adalah ibarat pelayaran yang panjang,coretan pula hiasan pengalaman dalam perjalanan,dan kepuasan adalah ruji makanan harian.Bersama kalian akan aku kongsikan reality n ilusinya sebuah kehidupan….

~~Waiting here ya…~~

àPengenalan yang sukar ku lakukan,tp ku kira satu kemestian yang akhirnya telah membawa aku pada satu kepuasan.Masuk rumah jgn lupe bg salam.Kalo tulis cm folio tingkatan...,mst ada yang ketawakn aku lak kan.Cmnie x de la skema sgt kan?kn?? J
p/s: Aku tetap akan terus berjalan seiring dengan kritikan dan sokongan kalian… hemoi..emoi.. caya la... ;)

Khamis, 31 Mac 2011

Masalah-masalah =.=''

Korang pernah tak hadapi masalah?
Masalah Peribadi? Masalah Kerja?
Pernah tak korang hadapi masalah keluarga? Pernah ke tak wey??

Haha.. saya tanya soalan macam dalam keadaan "Bad Mood" je ni.. sebenarnye tak.. saya nak mendalami korang yang selalu ada masalah tu.. oke, saya akui semua ada masalah ..beza nye pandai atau tak untuk selesaikan masalah tu.. 

Firstly.. Masalah peribadi..
Ramai sangat yang hadapi masalah ni kan.. contoh nye masalah cinta,masalah keluarga.. masalah lappy ke? =P lappy pun dikira masalah ke? eyh, of coz la bagi budak-budak yang asyik duk main tenet pagi malam.. kan3? Apa pun jangan la korang besar-besarkan masalah peribadi korang tu kat tempat lain yang boleh buat orang lain serabut gilos dengan korang.. Bila korang da besar,korang kena pandai fikir camne cara nak selesaikan masalah tu.. =)


Second.. Masalah Kerja...
Yang ni pun satu hal gak bagi yang da bekerja tu.. Bos marah la.. buat report salah la.. itu la .ini la =='' Saya pun pernah kena, jadi jalan yang terbaik nye korang campak je fail tu kat bos korang n suruh dia buat sendiri kalau banyak sangat karenah.. haha.. oke tipu... Cara nye ..korang jangan kusut kan diri korang.. cube tarik nafas slow-slow.. renggang2 kan jari tu.. take a rest.. n boleh smbung keje dengan aman.. ye dak? alaa.. niey short tips je.. kalau nak long tips, korang pikir la sendiri.. wakakap..


Apa yang penting korang kena la berdoa kat Allah s.w.t kalau ada apa-apa masalah.. mintak tolong kat dia untuk prmudahkan urusan kiter.. senyum yah =)



Rabu, 9 Mac 2011

Perasmian Pembukaan Blog Anak Penulis


Assalamualaikum w.b.t semua dan salam sejahtera bagi insan-insan yang masih terpilih
untuk menghirup udara di muka bumi allah s.w.t yang barakah ini..=)

Salam perkenalan dari saya Iman_Raisya,salah seorang penulis blog Anak Penulis Blogspot yang akan sama-sama berkongsi cerita dengan kalian sama ada cerita itu dari segi aspek kehidupan, pengalaman dan tips lain-lain yang bersesuaian dengan blog kongsian ini .. =)

Watak saya yang dilahirkan untuk blog ini mungkin penulis yang funny,kebudak-budakan, dan sewaktu dengannya..saya tidak dapat membuat penulisan yang mantap seperti Aisy Pena dan Anak Penulis..(oke,niey seyes nak tergelak sebab ayat tah apa-apa)..tapi saya masih dalam membaik pulih cara penulisan saya kali ini.. Semoga kalian terhibur dengan setiap penulisan kami :)

p/s:Perah otak selama dua jam untuk tulis entry skema..tapi kalian still tersenyum baca..itu da kira okeh la tu =)


Penulis Bertatih


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera..


Salam perkenalan dari saya Aisy Pena, yang mana merupakan salah seorang pentinta kepada anakpenulis[dot]blogspot[dot]com yang akan menjerumuskan diri dengan dunia penulisan maya..

Segala bentuk penulisan dan idea yang akan diluahkan adalah berpaksikan mengikut acuan Aisy Pena.. Dimana mungkin ianya berkait rapat dengan kehidupan sekeliling dan segala bentuk pengalaman akan terluah disini.. Andai apa yang dicoret disini terkena bias-bias pada pembaca itu adalah norma kehidupan.. Tidak terniat untuk menyinggung, tetapi sekadar perkongsian yang dapat memberi manfaat kepada semua..

Akhir kalam, setiap yang baru bermula memerlukan latihan yang tidak pernah jemu untuk memantapkan segala isi penulisan Aisy Pena.. Segala tunjuk ajar dan kritikan yang membina menjadi inspirasi kepada Aisy Pena.. Semoga anakpenulis[dot]blogspot[dot]com ini menjadi wadah yang berguna kepada pembaca serta berkembang tanpa ada nokhtah perjuangan..:)

Sekian Terima Kasih & Salam Kemaafan..:)

Mukadimah Penulisan Pertama Kali

Assalammualaikum w.b.t
Bissmillahirrahmanirrahim....


Selamat Berkenalan Semua... Saya Anak Penulis adalah watak imaginasi yang tidak berprofile tinggi seperti karyawan di Malaysia... tetapi beliau masih juga mahu menulis dengan penuh bergaya dan berhemah tinggi di anakpenulis[dot]blogspot[dot]com.


Iman Raisya dan Aisy Pena merupakan rakan sebuku Anak Penulis dan kini menjadi penulis tetap di anakpenulis[dot]blogspot[dot]com...


Umumnya... gaya dan tatabahasa kami di Anak Penulis Blogspot nie... masih samar-samar lagi... ibarat anak-anak kecil yang baru belajar merangkak... Oleh itu,  diharapkan agar sokongan berterusan dan kritikan membina dihulurkan...


Sekian, Terima Kasih...
Salam Kemaafan...

Catatan Popular