PENGENALAN

Kenapa Anak Penulis Blogspot?
-Anak Penulis Blogspot adalah himpunan karya-karya baru yang ditulis oleh penulis-penulis baru... Kami mungkin akan menghasilkan idea karya yang baru atau kami mungkin juga mencedok dan mengolah karya-karya yang sedia ada...

Siapa Kami Di Anak Penulis?
-Kami adalah gabungan penulis-penulis muda yang tidak berprofile dan tidak ternama apatah lagi dikenali umum... kerahsiaan identiti kami memungkinkan mutu karya dan olahan kami adalah yang terbaik dari hati naluri kami tanpa ada unsur-unsur sekatan diri... sekatan diri ini sebenarnya berpunca dari unsur-unsur rendah diri dan malu kepada keluarga dan rakan-rakan setelah hasil karya diterbitkan... Kami merasa bebas menulis dengan cara tidak dikenali sebegini...

Format Penulisan?
-Untuk mengawal mutu, gaya dan keunggulan karangan-karangan di Anak Penulis [dot] blogspot... kami memperkenalkan Format Penulisan tersendiri agar pembaca tidak hampa dan bosan cerita yang terlalu pendek atau terlalu panjang... Okay, setakat ini sahaja Format tersebut 
  • Setiap Karangan tidak akan lebih dari 20 perenggan dan tidak kurang dari 10 perenggan sahaja (20 < perenggan <10)
  • Setiap perenggan pula tidak akan lebih dari 7 baris Sahaja
  • Gambar tidak lebih dari 3 gambar sahaja


Catatan Popular