Memaparkan catatan dengan label Mukadimah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mukadimah. Papar semua catatan

Rabu, 9 Mac 2011

Perasmian Pembukaan Blog Anak Penulis


Assalamualaikum w.b.t semua dan salam sejahtera bagi insan-insan yang masih terpilih
untuk menghirup udara di muka bumi allah s.w.t yang barakah ini..=)

Salam perkenalan dari saya Iman_Raisya,salah seorang penulis blog Anak Penulis Blogspot yang akan sama-sama berkongsi cerita dengan kalian sama ada cerita itu dari segi aspek kehidupan, pengalaman dan tips lain-lain yang bersesuaian dengan blog kongsian ini .. =)

Watak saya yang dilahirkan untuk blog ini mungkin penulis yang funny,kebudak-budakan, dan sewaktu dengannya..saya tidak dapat membuat penulisan yang mantap seperti Aisy Pena dan Anak Penulis..(oke,niey seyes nak tergelak sebab ayat tah apa-apa)..tapi saya masih dalam membaik pulih cara penulisan saya kali ini.. Semoga kalian terhibur dengan setiap penulisan kami :)

p/s:Perah otak selama dua jam untuk tulis entry skema..tapi kalian still tersenyum baca..itu da kira okeh la tu =)


Penulis Bertatih


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera..


Salam perkenalan dari saya Aisy Pena, yang mana merupakan salah seorang pentinta kepada anakpenulis[dot]blogspot[dot]com yang akan menjerumuskan diri dengan dunia penulisan maya..

Segala bentuk penulisan dan idea yang akan diluahkan adalah berpaksikan mengikut acuan Aisy Pena.. Dimana mungkin ianya berkait rapat dengan kehidupan sekeliling dan segala bentuk pengalaman akan terluah disini.. Andai apa yang dicoret disini terkena bias-bias pada pembaca itu adalah norma kehidupan.. Tidak terniat untuk menyinggung, tetapi sekadar perkongsian yang dapat memberi manfaat kepada semua..

Akhir kalam, setiap yang baru bermula memerlukan latihan yang tidak pernah jemu untuk memantapkan segala isi penulisan Aisy Pena.. Segala tunjuk ajar dan kritikan yang membina menjadi inspirasi kepada Aisy Pena.. Semoga anakpenulis[dot]blogspot[dot]com ini menjadi wadah yang berguna kepada pembaca serta berkembang tanpa ada nokhtah perjuangan..:)

Sekian Terima Kasih & Salam Kemaafan..:)

Mukadimah Penulisan Pertama Kali

Assalammualaikum w.b.t
Bissmillahirrahmanirrahim....


Selamat Berkenalan Semua... Saya Anak Penulis adalah watak imaginasi yang tidak berprofile tinggi seperti karyawan di Malaysia... tetapi beliau masih juga mahu menulis dengan penuh bergaya dan berhemah tinggi di anakpenulis[dot]blogspot[dot]com.


Iman Raisya dan Aisy Pena merupakan rakan sebuku Anak Penulis dan kini menjadi penulis tetap di anakpenulis[dot]blogspot[dot]com...


Umumnya... gaya dan tatabahasa kami di Anak Penulis Blogspot nie... masih samar-samar lagi... ibarat anak-anak kecil yang baru belajar merangkak... Oleh itu,  diharapkan agar sokongan berterusan dan kritikan membina dihulurkan...


Sekian, Terima Kasih...
Salam Kemaafan...

Catatan Popular